Monday, 22 October 2012
Taggal 19 Oktober 2012, selepas solat Isyak, atuk ku telah pergi meninggalkan kami buat selamanya. Aku rase amat sedih, sebab ini kali ke-2 aku kehilangan seseorang yang aku amat sayang sekali. Ini juga kali ke-2 aku rasa amat terkila sebab dulu,masa arwah atuk sebelah mak meninggal, aku berada jauh dari atuk aku. Sebabnya, masa itu aku tinggal di Langkawi. Aku tak sempat pun tengok atuk buat kali terakhir. aku masih ingat lagi, kali terakhir aku dapat jumpa atuk masa aku lawat dia buat kali terakhir di hospital. aku masih ingat lagi apa yang dia pesan dekat aku. Atuk pesan belajar sungguh-sungguh jadi orang yang berjaya. Dan aku masih ingat lagi masa atuk cakap dekat aku, "tak apa, atuk lagi suka orang yang jujur". Itulah kata-kata dia yang masih lagi tertanam dalam ingatan aku. Kali -2 pula jadi masa arwah atuk aku sebelah ayah aku meninggal. Masa itu aku jauh juga. Aku berada di Kuala Pilah tempat di mana aku belajar sekarang. Masa itu aku baru habis exam. Then, aku dapat call dari adik perempuan aku. Dia beritahu yang atuk dah meninggal. Aku terkeju sangat-sangat. Itulah kehilangan kali ke-2 yang aku rasai. Atuk sebelah ayah pun aku sempat jumpa masa raya tahun ni. Aku masih ingat lagi celoteh dia waktu sarapan. Aku masih ingat lagi raya yang amat bermakna semasa dia ada. Aku masih ingat lagi dia begitu kuat teguh berdiri untuk menjalani ibadah. aku masih ingat lagi masa hantar dia bersama opah, mak ayah, ayah yop, dan saudara lain ke airport kerana mereka menjalani ibadah umrah. Selepas ini, dah tidak ada lagi ikan kukus yang disukai atuk. Tidak ada lagi kapi yang atuk suka. Sudah tidak nampak lagi atuk pakai jubah yang biasa dia pakai masa ke surau. Sudah tak ada lagi semua itu. Apa yag tinggal cuma kenangan yang masih segar diingatan aku. Selepas ini, merupakan raya haji pertama tanpa atuk. Atuk, akak rindu sangat dengan atuk. Akak terkilan sangat-sangat sebab tak dapat jumpa atuk buat kali terakhir. Akak janji tak nak menangis dan akak akan belajar bersungguh-sungguh. Apa yang akak mampu hanya doa untuk atuk dekat sana. Selamat tinggal atuk. Semoga atuk diletakkan ditempat-tempat orang yang beriman. Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment