Tuesday, 29 May 2012

Hari ni result PSPM 2 bahagian matrikulasi keluar...tahniah aku ucapkan kpd rakan-rakan yag dapat 4 flat...aku doakan korang semua dapat tempat di mana-mana IPTA...kepada rakan-rakan di Kolej Matrikulasi Johor,KMJ, terutamanya student Program Dua Tahun,PDT, yang dpt 4 flat,tahniah aku ucapkan. Dengan keputusan itu aku merasa amat bangga dan gembira kerana dapat mengubah presepsi PDT pensyarah yang mengajar Program Satu Tahun,PST, dengan membuktikan yang PDT mampu dapat 4Flat.(klu dpt la).But, klu x de, sekurang-kurangnye 3 point ke atas pun dah cukup bagus. PDT memang boleh. Bercakap pasal result, actually aku ada dapat offer dari UiTM. Aku akan buat diploma. Coursenye Pengurusan Perladangan. Mula-mulanya aku memang rasa waswas lagi. Tapi bila aku fikirkan balik, aku rase lebih baik aku terima offer UiTM tu. Sebabnya, sebelum aku terkandas di matrik, lebih baik aku pergi buat diploma. Aku punye result bukannye bagus sangat pun. Aku rasa baik buat macam tu daripada aku nanti menyesal kemudian hari. Aku tak beritahu pun lagi pasal hal ni kat kawan-kawan aku. Mungkin aku just akan beritahu kawan aku yang paling rapat dengan aku. Aku rasa, time aku nak beritahu kat diorang mesti diorang terkejuut punya. Tapi nak buat macam mana kan. Aku kene juga keluar dari matrik tu. Kalau aku dah terkandas dekat situ, mulalah nanti ada yang akan membebel dekat aku pasal tu la, pasal ni la, malas aku nak dengar. And, dalam masa yang sama aku kene fikirkan masa depan aku. Even aku tak dapat kejar cita-cita aku, aku rasa tak apalah. Asalkan aku akan cuba dalam bidang baru yang belum aku pernah ambil. betul tak? Hmmmm.....aku kena fikirkan masa depan aku. Buka je untuk aku, malah untuk family aku. That's why aku rasa dengan yakinnya aku kena pergi juga ke UiTM. Even aku dah buang masa aku setahun dekat matrik, aku rasa berbaloi. Sebab aku boleh pakai aku punye basic aku dalam subjek sains bila aku belajar dekat sana nanti. Sebab aku cakap cam tu, sebabnya, aku sendiri tanya abang saudara aku yang juga ambil course Pegurusan Perladangan. Course ni pun ada juga belajar sains. So, that's why aku akan guna basic yang aku ada dengan sebaik mungkin.